Thursday, May 5, 2016

Lombok : Itinerary Travel #aonaaanistravelog

Assalamualaikum =)
Sesekali nak update blog dalam kesibukan ni bukan senang. Jadi, minta maaf atas kelewatan sampai dah basi rasanya percutian aku tempoh hari. Mohon baca untuk yang sudi ><





Aha. Sebelum tu. Sebelum terlambat. You gais boleh usha-usha instagam @farahaniess_ yang telah di kelolakan oleh tuan empunya badan Dayang Intan Farahanies merangkap fashionmate/UITM-mate/schoolmate aku. (JANGAN MAIN-MAIN DIA BEST DESIGNER TAW) Dia masih baru nak berkecimpung dalam dunia perniagaan. And aku dah try beli satu memang nice geela, which is ironless, easy to form (sebab dia bukan overlock tapi dia like baby hem), bidang besar & panjang dihasilkan 100% oleh tuan empunya badan (sangat puas hati). Aku memang suka sebab tudung tu dihiasi dengan roses embroidery and beads disiteww, bukan aku beli suka-suka nak beli nak habeskan duit uhukuhuk. Sebelum dia hasilkan produk dia, aku dah agak, mesti best punya! Follow up her new coming soon design (insyaAllah) yang lagi cantik lagi meletiup! Di jamin puas hati sanubari tahap tergigit kuku bila tengok.  Jangan risau, harga yang memang berpatutan dengan hasil yang kita dapat. Anyway goodluck kengkawan in whatever you do lah! Always pray for the best dunia akhirat=)

The End.

Dekat bawah ni adalah itinerary sepanjang kiteorang di KL-LOMBOK-BALI-KL hehhe. Macam mana nak susun? Hmm macam ni. Research dulu tempat-tempat yang korang nak sangat pergi. Make sure HOT-spot! Tak dicadangkan pergi hidden places. Bahaya taw. Okay, jadual ni kiteorang susun ikut jarak. And and and contohnya macam nak pergi Gili. Dekat Gili kalau nak duduk sehari memang tak seronk lah. So kiteorang panjangkan masa, lek-lek dulu kat Gili dalam 2 malam, lepastu baru bertolak ke Bali. Kiteorang tak nak rushing. Sebab nanti tak dapat nak menikmati suasana percutian sebab sibuk sel-sel otak berhubung fikirkan masa. Hm =)



2 April 2016 (Sade Sasak Tour)

0845 pagi = KLIA2 - Lombok Airport
Lunch 
Sukarara (Songket & Batik Village)
Sade Sasak Traditional Village
Kuta Beach
Bukit Merese & Pantai Tanjung Aan
Banyumulek (The Pottery Village)
Dinner (Restoran Taliwang Irama)
Check in Hotel Puri Senggigi, Senggigi, Lombok



3 April (Sendang Gile Waterfall)

0800 pagi = Breakfast @ Hotel Puri Senggigi, Senggigi, Lombok

0830 pagi = Bukit Malimbu (Villa Hantu)
1040 pagi = Kaki gunung Rinjani (take almost 2hours)

1140 pagi = Air Terjun Sendang Gile (panjat memanjat almost 45 minutes)
Lunch
0500 petang = Private fastboat ke Gili Trawangan (10 minit sahaja! Bye-bye Pak Supir!)
0515 petang = Check in Hotel Mosaix Gili Bungalows, Gili Trawangan.
Rehat & jalan-jalan/explore Gili Trawangan naik basikal sampai malam.




4 April 2016 (Snorkeling)

Breakfast @ Hotel
5 hours snorkeling: Gili Air, Gili Meno, Gili Trawangan
Rehat, siap-siap
Kayuhan tanpa henti hampir 20 minit ke Sunset Beach =) (sunset di sana pukul 530 ya? Jangan lambat!)
Dinner @ Intan Inn (highly recommended banyak sangat menu, murah dan sedap!)
Jalan-jalan dekat pasar =)
Rehat.



5 April 2016 (Gili to Bali)

Breakfast @ Hotel
1100 pagi = Fastboat ke Bali
Uluwatu Temple & Kecak fire dance (RP 100,000.000)
Pantai Jimbaran Dinner Seafood Grill (sini spend banyak sikit duit ye? dalam RP 400,000.000 - RP 500,000.00 per pax sebab mahaiii mahaiii kat sini)
Check in hotel (Next Tuban Bali)





6 April 2016

Tegalalang rice terrace (RP 5000.000)
Kintamani (RP 2000.000)
Mount Batur Volcano (Good for lunch with nice view) (RP 137,000.000)
Tampak Siring (RP 30,000.000 - parking)
Krisna (shopping) 



7 April 2016

Tanah Lot
Taman Ayun Temple
2145 malam = Denpasar, Ngurah Rai Airport (Bali-KL)

Itu je untuk entri kali ni. Kalau nak tengok lagi banyak gambar and video stay tune ya... hehehehe =) Erm oh! Yang mana ada terlepas entri sebelum ni iaitu pengenalan (harga tour, hotel low cost budget, ticket flight etc) boleh click di link ini!