Saturday, May 7, 2016

Lombok (Part 1) Sasak Tour

Assalamualaikum silent readers =)


Hai. Tora datang lagiii! As a promised, aku nak share percutian aku dekat Lombok-Bali yang kebarangkalian hampir 80% followers, friends nak tahu sangat and tashabar katekaw! Wah-wah syioknya menaip letak ayat gitu. Ko hengat ko ghetis? Hahahaktuih. Eh sorrylah blog kelam kabut sikit sebab masih dalam penyelenggaraan, Incik Designer saya tengah merajuk. ahgitew.

Tapi serious lah ini yang ditunggu-tunggu mungkin? Oh ya, sebelum aku bersyarahan sampai 96456833perenggan. Aku nak bagitahu something! Since ada orang tanya, aku baru teringat. Soalan berbunyi NAK TUKAR DUIT KAT MALAYSIA KE INDONESIA?

yang ni aku tukar duit dekat Malaysia sebab mudah bagi aku. Malas nak kiblatkan diri kat bank-bank dekat sana. Nak beli, terus keluar dari poket. Tak payah pergi bank ke apa. Tapi boleh je siapa-siapa yang takut and tak berani nak pegang duit banyak nak simpan duit dekat bank, Sebelum u gaiz ke-luar negara sanun, silalah angkat dan hentak-hentak kaki menuju ke destinasi bank. Cakap kat dia nak aktifkan akaun untuk international. nanti dia akan tanya tarikh berapa lama duduk sana. So dia akan aktifkan selama mana kita duduk dekat luar negara sahaja. Sebab bank dekat luar dengan Malaysia lain taw (walaupun dekat luar ada CIMB bank jugak mcm Malaysia).

Kalau tak pergi aktifkan akaun apa jadi? Oh macam rumit sikit kalau korang tak tahu apa-apa. Tapi ni nak bagitahu. Yang kitoerang ni ingat boleh keluar duit dekat bank sana. Tiba-tiba tak boleh. Pergi CIMB Niaga dekat sana kata tak boleh (lepas tunggu giliran 2 jam). Dia kata kene call Malaysia suruh aktifkan. Call Malaysia banyak kali tak dapat (hati dah kata lekas! duit macam air ni). Both of us give up fed up stress takde mood. Keseronokan percutian tergendala seketika... hahahaha.

Ended up driver kiterong call kan. Ini pun dah lepas muka kiteorang segi empat monyok masam tawaq. Baru lah dapat. Tapi macam-macam jugak orang bank tanya, last keluar duit berapa hari bulan, balance ada berapa, no-IC, dan sebagainya. Hm 2 hari jugak selesaikan masalah ni T_T Tapi kita OK je kan anis? Nangis kejap je kan mengenangkan nak balik Malaysia before tidur? LOL

Tara-tara-tara. Mula-mula sampai pukul 12 tengah hari something like dat. Terus pergi lunch. Dekat kedai yang sangat murah dan sedap! Tapi...



Masakan dia pedas nokharom. Nama makanan kiteorang makan ni adalah NASI AYAM BALAP PUYUNG PEDAS. Memang pedas naw naw dia bagi kat kita. Wakakaka. Tak pernah lagi makan masakan sepedas ini. Satu kotak tisu kiteorang habeskan demi air mata dan hingus berciciran tak henti. I was like WEYY PEDASNYA WEH. TAPI SEDAP sehingga menjilat ibu jari kaki.



Apa yang pedasnya adalah masakan ayam dia. Dia letak cili berapa kilo tak tahu lah erm TT makan-makan terus rasa nak ter-berry immediately. Tak habes pun makan even ayam. Yang habes adalah tisu. 


Untuk pengetahuan, ini kereta kiteorang driver kiteorang. Fefeeling naik alphard jap selama kat Lombok ni. hahaha over tak? Yelah besaq ngat aih. Iols men campak-campak je barang kat seat belakang. Ingat naik kancil ke iris ke sebab dua orang je LOL. 



Ini adalah SUKARARA (tenunan kain songket)



Untuk jadikan satu kain songket ni ambil masa yang sangat lama! I think 3-4 weeks untuk satu lembar kain songket sahaja. Lama kan? Sebab tu mahai namatey. Tapi still boleh dapat murah.


Orang Lombok memang kuat sangat guna adat-adat nih. Berdiri tegak dengan adat. So orang dekat sini ada rule dia before kahwin. Iaitu kene pandai tenun kain dulu. Kalau tak pandai tak boleh kahwin. Hewhewhew. asa-rasa aku reti tenun kain tak? =P



KELAKAR?! KELAKAR?!

kahkahkah. memang kelakar lah cite dia. Kami dipaksa pakai benda ni. Ah part ni paling kelam kabut and tak suka. Turun je kereta ada orang jemput OKE WE LIKED/APPRECIATED IT dia terus bawak pergi tengok orang tenun kain. Then xhbes tgk lg, dah bawak masuk suruh beli songket bagai? Suruh pakai costume kat atas ni. ERM ERM WHAT THE hahaha Then dia ajak pergi amek gambar dekat luar pakai baju ni(dia nak tolong amekkan) tapi kiteorang berkeras tak nak, dia paksa jugak lepastu dia kene tegur dgn boss dia kot? BIARIN DIA ENGGAK MAHU JANGAN DIPAKSA-PAKSA SEGALA hekhekhek. Kelam kabut and rushing nak apa tak tahu guide ni? Tapi orangnya baik-baik. Cuma tak suka keadaan memaksa-maksa nih. like AKU NAK BEBAS!





oh taraaaa! Aku tak reti and ini adalah the first time ever aku try menenun diknunnnn. Best taw. And sebenarnya senang je. Nampak je berliku-liku penuh dengan pelbagai jenis warna siap ada kayu kayan dah mcm hutan tengok benda ni kheeen. Tapi senang je!

Suka la tu dapat shot gambar tengah menenun? Ingat helok? Kahkah.

Usai kami bergelut dengan keadaan yang kelam kabut tadi macam nak goreng ayam kat dapur gamaknya, kami pun ke Kampung Sade Sasak. Kampung ni tepi-tepi jalan je. And jalan dia kecik je. Macam satu haluan tapi sebenarnya dua haluan, kadang-kadang empat haluan. KOGHASER?!  haha hahaha hahaa.

Hi, welcome! (jangan nak welcome sangat, panaih litlit ni)
Macam biasa, orang Lombok sangat bagus, baik hati, peramah, lemah lembut, rajin, rendah diri (sangat-sangat). Turun je kereta, terus ada orang sambut untuk guide kiteorang tawaf keliling kampung sade sasak! Jangan risau, kecik je tapi bukit-bukau dan penuh anjing. LOL



Yang belakang tu orang yang guide kiteorang. Pandai dia amek posisi kan? Masuk jugak dia dalam website orang Malaysia. Ahaks. Kami jual mahal, tak nak dia amekkan gambar.


hamagawd. ini seketui Anis. Nampak tak dia kaki selfie? Tengok ukiran senyuman dia dah tahu. Orang kata kaki selfie ni mesti kuat tidur (lagi-lagi dalam kereta). Kereta bergerak, dia pun bergerak menuju alam mimpi. Mungkin alam mimpi lebih menyeronokkan bagi dia? Hahaha.



Kaki gorilla.


Kentang goreng dan ayam goreng.




Oh inilah rupa rumah-rumah dekat kampung sade sasak! Takda paku langsung. Atap tu pakai bambu, ijuk, dinding rumah tu pakai anyaman bambu. Tujuan pakai bambu adalah untuk menyejukkan bahagian dalam rumah, kipas tak perlu pun taw. Memang orang sini baguslah! Elak daripada pembaziran (amalan syaitonirrajimmm) Dan dia punya lantai pakai najis kerbau, takda campur apa-apa kecuali air. Tujuannya untuk elakkan daripada nyamuk. 2 minggu sekali dia perbaharui lantai tu.

Saya dah pijak lantai tu, anda bila lagiy?!


Sini semua nya Islam dan banyak anjing taw. Aku rasa anjing-anjing ni berfungsi jaga kawasan rumah dorng ni kot? lol. Oh by the way, Pernah tak dengar orang meroyan macam hilang anak kata TAK NAK PERGI LOMBOK NANTI KENE CULIK pernah?! Haaa, ingat orang Lombok nak sangat kat dia ka. kahs. 

Itu adalah sebahagian daripada adat orang Lombok: Kalau nak kahwin, kene culik itu budak waktu malam dan pulangkan esok pagi! Tapi sebelum culik, perempuan ni memang dah tahu dia akan diculik. Bukan yang culik, rogol, masukkan timun laici durian segala buah dalam rongga badan tuh. Ni culik rela memang dah tahu kene culik coming soon. And sebelum kene culik tu, dorang memang dah bercintan cintun pun! 

Sini memang berpegang teguh dengan adat. Nak kahwin kene culik, kalau minta izin dikira kurang ajar. Ini lah adat seluruh warga Lombok. Lain pulak ceritanya dengan orang Kampung Sade Sasak ni, orang sini kene culik kahwin dengan orang kampung ni sahaja. Orang luar, orang Gili Trawangan ke, orang tanjung Aan ke, orang Malaysia ke... nehi nehi nehi.


Katanya, dulu-dulu Islam dekat sini solat nya 3 kali sehari sebab ada terpengaruh dengan agama hindu buddha sikit. Tapi sekarang semuanya dah peluk Islam sepenuhnya dan solat 5 kali sehari. Alhamdulillah. Tapi kuku local guide ni panjang kalah pokok kelapa weh! Rasa nak potong je pakai parang. wakakaka.


Segala gelang rantai kain sngket dorang buat sendiri taw. Sumpah tak tipu >.< Dia pakai buah kapas ni even nak hasilkan kain songket. Tapi kene tunggu Buah ni masak, aru boleh buat. Ye saya dapat tengok proses-proses buat natang tuh. Sangat rajn, penyabar dan unik!

Dekat bawah ni proses nak jadikan aksesori-aksesori yang nak dijual.



Nilah kerja penduduk Sade kat sini. Ni jelah mata pencarian wang penduduk dekat sini. Rezeki penduduk dekat sini bergantung sepenuhnya dekat sini (lelaki petani, perempuan tenun songket, jaga anak dsb). Handmade uolls gelang rantai kat sini! Murah je jangan risau taw. Boleh beli sambil bersedekah. Kalau rasa tak nak beli pun, beli je dengan niat nak bersedekah sebab keadaan orang sini susah taw, jauh beza sekali kesusahan kesesakan orang Malaysia. 



Dekat atas ni tempat bidan. Hihihi takut nak masu, tapi nak masuk jugekkk.




Dekat sini kiteorang jumpa budak perempuan umur 14tahun dah kene culik kahwin and ada anak! Wow tekezut kejap.

Aku : Pak Mundra culik orang mana ya?
Pak Mundra (driver) : Saya orang Lombok, makanya saya culik orang Lombok lah HAHAHA *evil laugh




Masjid dekat Lombok ni memang style gini. Takde penghadang lelaki perempuan. Ada satu masjid tu yang kiteorang singgah, driver kata masjid besar tapi elok lagi surau at mesia ni. masjid besar dia macam dewan, ada bumbung, tiang je. Tak terjaga. Orang yang menguruskan/membersihkan masjid tu pun tak bertudung.. 

Kuta Beach

Subhanallah cantiknya tempat ni! Inlah destinasi kiteorang selepas pergi kampung-kampung segala kampung adat resam najis kerbau semua! LEWLS.


Tertanya-tanya tak kenapa dengan budak-budak kecik ni? Hewhewhew. Kami keluar je kereta, terus anak2 ni serbu (terasa macam artis keluar kereta) tapi ini tak tipu. Anak2 ni cari makan dengan cara memaksa kami beli barang2 aksesori yang dia jual. Ramai nokharom! Bukan 3ketui je, berketui-ketui. Makin lama makin ramai. Bukan tak nak beli, tapi sebab ramai. Tak pasal2 duit aku habes borong gelang kat sini je. koghaser?

Kemana kami pergi anak2 ini ikut je. Even nak amek gambar pun dorang ganggu. Tak nikmat, pergi tengah laut. Pergi kiri kanan tepi atas bawah semua ikut. Perasaan dan jiwa hakak tersiksa kejap waktu ni.



"mbak ambil ni mbak rp 10 ribu aja" sahut 8 orang anak2 kecik.
"enggak mahu"
"ambil ini mbak" *hulur gelang"
"enggak mahu"

kata-kata ni dilafazkan sepanjang kitoerang melawat pantai Kuta ni sampai lah naik kereta. Semua anak2 ni ikut sampai ke kereta, aku nak totop pintu kereta pun tak boleh weh hasil serbuan hebat kawkaw anak2 ni paksa beli! ya tuhann kau ampunkan aku hahaha.

Ended up. Dalam 5minit lepastu makcik ni kata YA UDAH DIA ENGGAK MAHU (makcik pun join sekaki taw paksa beli) hmmm ya tuhan ampuni aku hahaha. Ni lah pengalaman waktu mula-mula sampai. Waktu baru nak menghirup udara-udara kuta beach ahgitew.







Oh by the way, pemandangan kat sini cantik sangat. Datang sini cepat sementara pantai-pantai dekat Lombok ni masih terjaga, masih warna biru-hijau (such a crystal clear water).


Syok sendiri lettuw?

Bukit Merese, Tanjung Aan.

A must go place for those who come to Lombok Selatan =)





Nak tengok pemandangan yang super duper cantik gojes meletop (kahkahkah) kene daki bukit merse ni oke. Penat tpi berbaloi. 



nampak tu seketui Anis lambat nawnaw nak kejar kita. Dia terpesona dengan lautan yang luas sanggup ku redahi! Dia tak nampak lagi pemandangan yang lebih cantik kat atas ni? wakaka. 




Cantik sangat-sangat. Makin tinggi daki bukit, makin cantik pemandangan. Aku jerit-jerit panggil Anis ANIS CEPATLAH NAIK! SINI LAGI CANTIK KOTTTT! 

Lombok is lavvvvvv...





Melepas lelah di pinggir bukit merese lepas penat daki bukit.







Ngehehe tu makcik apo pulak tuh. Itu makcik jual-jual kain songket datang waktu kiteorang nak berehat kat tepi pantai nih.







Pottery Village



Sini boleh beli, dia siap bungkus dalam kotak elok je. Aku risau jugak aku beli teko kat mama kehulur-kehilir bawak kotak tu. Ada yang men campak-campak je kotak aku tu. Aku redha je. Hahaha. Nasib baik elok lagi, sebab memang dia packed padat and selamat. 


Harga tak murah tak mahal. Depends jugak barang apa korang nak amek? Kalau kecik-kecik cam nih murah namatey la weh. Kalau yang set-set teko tu macam beratus rupiah sikit harga dia. Tapi aku bedal jelah. Demi mama. Memandangkan ini tempat last nak beli-beli barang macam ni. Dan ini tempat last kami lawat. kami like HORAYYYYY NAK BALIK HOTEL DAH. penat sangat dah ni. lol.

Pak Mundra kata, terus dinner la. Sebab nak pergi tempat dinner ni macam ambil masa sikit kalau dah balik hotel tu. So kira sekali jalan je. Kiteorang pun okay je pak supir. No hal lah. Perut memang lapar nih.



Dia bawak kami ke Restoran Taliwang Irama, paling sedap paling nombor 1 di Lombok. dan dan dan paling murah kateko. Tempat selesa. Tak banyak gangguan, murah sedap. Ya Allah syukur.




Untuk pengetahuan, iols memang suka makan. Sumbat apa pun, iols telan je. Makanan kelantan, negeri sembilan, penang, kedah, perlis, johor, semua sumbat. Apalagi nasi ayam taliwang? Lagi lah kempunan tahap dewa beb T_T ini adalah kali pertama dan terakhir makan ayam taliwang. Erm jom pergi Lombok makan ayam taliwang? ahaha.

Okay kiteorang amek package memandangkan package pun murah dan boeh tahan menu cukup.
Rp 130,000.000 untuk 2 orang. Nasi putih, ayam dua ketui, ikan bakar dua ketui, gado-gad dua ketui, sup & kuah 2 mangkuk, air kelapa madu dua cawan, mineral dua cawan. Erm murah walaweh.


Taliwang ni nama tempat sebenarnya. yang sedapnya sebab kuah dia, gado-gado (sayuran campur). Sedap sangat sampai lupa yang aku tak berapa gemar sayur, tiba-tiba boleh licin segala sayur kuah. Kahkah. Lapar ke sedap? Hehe tambahan, orang Lombok kata ayam taliwang memang feveret orang mesia =)

Dah kenyang, balik check in hotel. mandi tidur. cHehehe next entri bertajuk Lombok (Part 2) akan didedahkan dengan gambar-gambar menarik untuk Sendang Gile Waterfall tour! hehehe. 

Boleh tengok harga hotel yang super murah iols duduk untuk pernight dekat SINI! tekan je dekat perkataan sini tuh haha. dia akan open to a new window. Okay bybye! Thanks baca taw. Any comment atau nak tanya apa-apa boleh comment dekat bawah ni. Siapa-siapa (stranger, tak de akaun blog) pun boleh comment =)