Sunday, January 22, 2017

Food's Preview : Sumo Kitchen D'Polo

Assalamualaikum :)

"Sesuatu yang indah itu bukan apa yang kita lihat, tapi apa yang kita rasakan"

Tediaaaa dia punya quote pepagi rasa macam nak kahwin. Eh. Hahaha. Tapi betul kan, bila dah rasa laaagi best! Macam makanan kat bawah ni.

Aku pergi sini dah lama, bulan November 2016 huahuahua. Pergi Ipoh ni tujuan asalnya ada hari graduasi aku sendiri. So datang awal sikit memang niat nak food hunting dengan Anis, Fiza and Akmal dekat Ipoh ni. Tapi tula.

Unplanned.

Burger Bakar Sumo Kitchen D'Polo.

Siapa yang pergi Ipoh wajib sangat try ni! Sebab burger ni memang menarik perhatian pun (dari segi presentation dia memang emph!), juicy, banyak, kenyang seminggu.

Lokasi dia berkoordinasi di Taman Rekreasi (Padang Polo), kedai ni betul-betul depan Padang Polo. And untuk pengetahuan semua, Sumo Kitchen ni bukan  restoran, kedai ni duduk di bawah satu bumbung D'Polo Cafe, di mana bawah bumbung tu ada banyak kedai makan lain (its like food court) yang sedap-sedap sangat. Confuse akak nak makan mana satu. Bhahaha.


So, yang ni aku and Anis order, benda yang sama. Nama dia Crazy Chyzyness Burger (RM16.50)
Worth la sebab memang makan sampai naik pening sampai besok pagi tu. Hahaha. Terlebih perisa gamaknya. Lewls


Supreme Burger plus set (jagung bakar + cheezy wedges) (RM18.50)
So nyums nyums. Fiza punya set. Power tak set dia?! Gelak sekarang please.


Harga bermula start RM 7.50 untuk basic burger - RM 18.50 untuk supreme burger macam Fiza makan ni. We olls makan banyak waktu ni sebab lapar geela. Baru sampai dari Kolumpo petang tu pastu rehat dalam hotel. Lepas maghrib baru amek angin and pergi makan kat sini =)

oke bai. Next enti insyaAllah akan update preview sikit tentang Hotel yang kiteorang duduk. Cuba teka hotel apa? Hint- Hipster Hotel. Jengjengjeng! Okbye2! Happy weekend evelibadihhhhh :DD